Cuma Aku Dan...

kisah yang tak sempurna

Saya hendak menulis. Tapi saya tak tahu apa yang hendak ditulis. Maka maafkan saya kalau entri ini sedikit caca marba. Mungkin entri ini juga menterjemahkan keseluruhan jiwa saya yang juga sedang caca marba. Resah diamuk badai yang entah bila akan berkesudahan. Rungsing pada hal yang sangat merungsingkan. Kecewa pada satu hal yang sangat mengecewakan. Dan ye, siapa la yang tidak stress kalau gaji untuk bulan ini belum lagi nampak bayangnya dalam akaun. Buat kerja macam orang gila, tapi sampai masa tidak dibayar. Aduh stress.

Saya faham kalau ada yang berkata tujuan bekerja adalah ikhlas semata-mata kerana Allah. Bukan hendak mengharapkan balasan dunia semata-mata. Tapi saya bekerja adalah kerana saya hendakkan reward. Jangan tanya dan jangan pernah kata saya tidak ikhlas bekerja kerana ikhlas itu hak Allah untuk menilai. Dan Dia lebih tahu ikhlas atau tidak seseorang bekerja. Dan saya, kalau tidak ikhlas, tidaklah kerja saya semuanya saya buat dengan kadar yang terbaik. Sebab saya sayang kerja saya dan saya seronok buat semua kerja saya. Tapi bila tersangkut sebegini memanglah sakit. Sudahlah road tax kereta hendak mati ni. Memanglah saya ada simpanan. Tapi takkan lah hendak habiskan semua simpanan saya. Aduh stress... Huhuhu...

Lebih stress sebab sekarang Enche' Mohd Zambri sedang berada di Kulim. Aduh stress rindu kat beliau. Tapi sekurang-kurangnya saya lega sebab semua urusan penting beliau telah saya uruskan. Semua-semuanya. Dan harap-harap beliau baik-baik sahaja di sana. Tidak stress menghadapi kursus 3 minggu yang sangat-sangat mencabar dan menguji jiwa dan raga, mental dan fizikal. Dan semoga beliau tidak stress seperti saya sekarang. Kalau boleh biarlah saya yang stress untuk beliau jangan beliau stress di sana. Sangat merbahaya kepada bot-bot kecil. Aduh la.. stress nya...

Cuma yang buat saya rasa sedikit lega adalah sebab beliau berada di Kulim. Walaupun jauh dan tidak dapat turut serta dalam edisi libur dan kursus di Pahang, saya lega bila beliau ada di sana. Kalau tidak masak beliau asyik dikuras sahaja oleh mereka-mereka yang suka mengambil kesempatan. Hee... sekurang-kurangnya saya lega untuk satu perkara ini. Dan saya tahu walaupun statement yang akan saya beritahu di sini adalah sangat-sangat mementingkan diri sendiri, tamak dan sangat-sangat tidak adil, saya sebenarnya tidak suka kalau beliau membawa orang lain menaiki sebuah JKB itu tanpa saya. Saya tahu ini tidak adil tapi saya rasa beginilah. Jadi saya sangat-sangat bersyukur beliau ada di Kulim sekarang walaupun saya rindu setengah mati pada beliau. Heee... itu keterlaluan sebenarnya dan sebenarnya ada rindu sedikit tapi tidaklah sampai setengah mati. Itu cuma saya yang exaggerate secara berlebih-lebihan. Saya cuma kasihan akan sahabat baik saya ini, asyik dibuli sahaja. Sampai saya sendiri yang geram dengan beliau sebab beliau hanya ikutkan sahaja orang-orang yang mengambil kesempatan itu. Bila kawan tu susah, tanya khabar pun tidak. Stress tahu... Huhuhu...

Apalah.. entri ini asyik sebut perkataan stress sahaja. Tapi memang sedang stress pun. Sampai-sampai saya berfikir hendak ke Easy RHB esok. Tapi itu cuma kesenangan sementara. Sebab bila sampai tahun depan, tentu saya akan menangis tak berlagu. Tapi saya yakin rezeki itu akan selalu ada. Sebab saya tahu ayat Seribu Dinar itu sangat power dan saya tahu ujian ini hanya bersifat sementara sahaja. Saya yakin yang itu. InsyaAllah...



p/s: Harap esok bergajilah. Amin...

Seorang sahabat pernah memberitahu saya bahawa, dalam bersahabat, manusia boleh dikategorikan kepada 3 jenis.

1) Sahabat umpama makanan - Anda semua tahu, selagi manusia ini namanya manusia kita semua akan selalu perlu pada makanan. Selagi kita ini manusia bernyawa, tak akan pernah terjadi kita menolak makanan. Kerana perlunya makanan kepada manusia untuk meneruskan kehidupan.

2) Sahabat umpama ubat - Kalau sakit perlu ubat. Jadi ubat bukanlah terlalu penting dalam hidup. Yang cuma diperlukan ketika dalam keadaan yang memaksa. Dalam keadaan yang tidak sihat dan dalam keadaan yang lemah maka kita perlukan ubat.

3) Sahabat umpama virus - Virus adalah jahat dan tidak diperlukan langsung. Kalau sudah terjangkit, pasti susah hendak dapatkan penawar. Mungkin perlu antivirus berupa makanan yang berkhasiat atau pun ubat-ubatan yang mujarab.

Jadi anda berada di mana? Adakah anda selalu menjadi makanan. Atau anda hanya menjadi ubat yang sesekali diperlukan oleh banyak orang. Atau lebih teruk anda adalah virus pengacau yang selalu menjadi penghasut bagi menghasut orang-orang bagi membenci sahabat yang selalu menjadi seperti makanan? Haaa.... tepuk dada tanya diri sendiri.

Bagi saya, saya rasalah, saya selalu menjadi manusia kategori pertama. Sentiasa bersedia menghulurkan bantuan pada mereka yang perlu tanpa berdolak dalik. Kamu tahukan,orang yang mencipta terlalu banyak alasan adalah orang yang paling tidak ikhlas sekali dalam dunia. Tapi realiti yang saya hidupi adalah, saya sering dianggap sebagai ubat oleh banyak orang. Banyak antara mereka yang menghampiri saya apabila masa terdesak, masa susah. Kemudian bila semua kesakitan mereka, bila semua kecederaan mereka telah saya ubati saya jagai dengan jiwa saya, maka ada sahaja virus-virus jahat meracuni fikiran mereka lantas senang-senangnya mereka meninggalkan saya begitu sahaja.

Tapi saya bukannya nak ungkit sangat. Sebab saya akan buat perkara yang saya suka buat. Dan saya sangat suka apa yang saya buat sekarang. Dan saya tahu, orang yang selalu memberi akan selalu menjadi pemberi. Itu yang selalu kita semua belajar dalam modul CB kan. Biarlah mereka menjadikan saya sahabat yang seperti ubat sebab saya tahu saya akan selalu menjadi sahabat di kategori yang pertama. Dan saya tak akan sesekali menjadi virus yang kerjanya meracun fikiran banyak orang. Maka anda jangan pula menjadi virus meracub fikiran sahabat-sahabat yang saya sayang. Kerana sesungguhnya saya suka dengan apa yang saya buat (takut hendak kata ikhlas sebab keikhlasan tidak perlu diuar-uar kan dan hanya Dia sahaja yang layak menilai ikhlas) dan saya akan terus buat apa yang saya suka buat kerana saya yakin ia tidak menyakitkan kamu walau sedikit pun. Kerana saya senang membuat kamu senang dan kerana saya sayang kamu.. tak banyak... cuma sepanjang kuku saya sahaja...



p/s: Kenapa dengan Mohamad Ihsan ye??

Enche' TKP: Peace no war.. Faez.
Che'gu Faez: Ye la. Saya sabar ni. Takpe, saya ada seorang je TKP..
Enche' TKP: Saya pun ada seorang je Che'gu Faez..
Che'gu Faez: ????####:)

Saya bukan ego. Jauh sekali hendak bersikap sombong atau pun merajuk tak tentu pasal. Saya juga bukan orang yang mudah hendak sensitif secara tiba-tiba tanpa berfikir kesan dan akibat akan perbuatan saya. Tapi bila keadaannya seperti emosi sudah berada di luar logik maka di sinilah saya terpuruk menahan hati.

Kenapa selalu saja saya yang sering mengalah? Saya ini tidak ada perasaankah? Sedikit pun tak pernah fikir tentang hati saya. Selalu saja saya yang hendak menjaga hati dan perasaan dia. Selalu saja saya hendak memikirkan dia. Tak pernah sekali hati saya dijaga. Saya ini apa sebenarnya pada dia? Saya berusaha hendak memahami dia seadanya dia. Tapi semakin saya cuba semakin saya tak memahami diri sendiri. Selalu saya tanya pada diri sendiri. Saya ini baik atau bodoh sebenarnya?? Pertanyaan yang tak akan pernah saya dapat jawapannya.

Saya rasa macam hendak lepaskan semua. Tinggalkan semua di belakang tanpa rasa menyesal sedikit pun. Saya rasa hendak lari dari semua yang mencengkam. Saya dah berusaha. Dan sekarang saya terasa hendak tunjuk ego saya pula. Saya rasa hendak buat tak peduli pada dia dan semuanya tentang dia saya tak mahu ambil tahu langsung. Tapi saya tahu yang saya tak akan pernah boleh buat semua. Saya cuba memberi makna pada dia tapi dia tak pernah hendak faham langsung apa yang saya rasa. Rasa macam diri tak berharga langsung. Dan saya tahu saya tak pernah ada apa-apa makna pada dia. Jadi kenapalah saya perlu rasa sakit begini. Bagaimanalah saya hendak lepaskan diri dari memikirkan dia...

Tapi satu perkara yang saya perlu tahu adalah saya perlu kuat. Kuat untuk ego yang sekali ini. Walaupun saya tak tau sekuat mana saya, tapi saya akan berusaha. Berusaha untuk menjaga hati yang tak pernah sekali pun dia jaga. Sebab saya tahu saya tak penting buat dia. Sebab saya tidak ada makna pada dia. Sebab saya bukan sesiapa untuk dia hargai...



p/s: Siapa sebenarnya aku padamu??

Sejak kebelakangan ini Com sering risau-risau. Com risau tentang diri Com. Com risau tentang pandangan orang pada diri Com. Com risau sebenarnya di mana Com berdiri. Dan yang paling risau adalah Com sendiri tak tahu apa sebenarnya yang Com risaukan. Nak kata Com sampai tak lalu makan, tapi eh.. banyak je yang Com makan. Nak kata Com tak lena tidur, Com paling suka tidur awal. Tapi begitulah. Com sedang risau.

Com tak faham dengan apa yang berlaku. Dan Com sama sekali tidak pernah terniat dalam hati hendak bermain dengan hati dan perasaan orang. Maksud yang lebih jelas di sini adalah Usop kawan baik Com. Com tidak cinta dia. Apatah lagi menyimpan mimpi hendak membina keluarga bahagia bersama dia. Tapi selalu Com tidak dapat menahan perasaan cemburu bila ada yang suka bermesra dengan Usop. Selalu Com rasa hendak merajuk bila dia seperti mengabaikan Com. Dan selalu hati Com berdetap-detap berkata yang Usop tidak jujur pada Com. Selalu hati Com berasa Usop bercakap di belakang Com.

Com tak boleh tipu perasaan tu sebab Com selalu perasan perubahan pada muka orang. Kadang-kadang Com tak nak perasaan tu. Perasaan perasan dan boleh rasa perasaan orang. Sebab Com selalu boleh baca perilaku orang dan Com tak nak perasaan seperti itu. Com tahu semua tu kelebihan. Tapi ia sangat menjadi kekurangan bila hakikat yang Com tahu melalui anugerah itu sesuatu yang menyakitkan. Walaupun Com faham setiap yang Tuhan tentukan tu ada hikmah tersembunyi, tapi Com tak sanggup hendak rasa sakit sekali lagi.

Com tahu dan Com yakin Com bukan jatuh cinta pada Usop. Tapi kenapa Com selalu mahu Usop ada dekat dengan Com? Com rasa macam Com dah permainkan hati Usop dengan segala yang Com buat untuk Usop. Tapi Com tak boleh hendak berpaling dari Usop. Bukan niat di hati Com hendak beli Usop dengan wang ringgit. Dan bukan Com hipokrit menabur intan permata di depan Usop. Tapi yang Com lakukan adalah sebab Com rasa itu tanggungjawab terhadap seorang sahabat. Dan Com bukan hendak membeli hati Usop. Com buat sebab Com rasa Com patut buat. Dan Com sebenarnya faham Usop serba salah. Sebab Com tahu Usop fikir Com jatuh cinta dengan dia. Dan Com tahu dia bercerita tentang itu pada Tipah dan Peah. Dan Tipah dan Peah dengan segera menjalankan tanggungjawab dengan menjarakkan Com dengan Usop. Dan Com sedar tentang itu. Com rasa sakit hati dengan Usop dan Com jadi semakin jahat dengan membuat Usop terus berfikir Com ada hati dengan dia. Tapi sumpah demi Allah, tidak sedikit pun yang begitu. Com sayang Usop mungkin sedikit lebih. Tapi Com tidak ada perasaan yang tidak-tidak pada Usop. Dan sekarang bila keadaan meruncing seperti ini, Com tak tahu apa sebenarnya perasaan Com. Dan Com pernah terfikir hendak menjauhkan diri Com dari Usop. Biar Usop tahu, dia tak akan dapat sahabat seperti Com lagi. Dan Com pernah cuba untuk buat. Dan Com sebenarnya tahu yang Com tak akan tega untuk buat yang macam tu. Sebab Com akan selalu jadi Com yang suka mengalah. Sebab Com seorang yang selalu berlembut hati. Sebab Com sayang Usop...



p/s: Mengapa selalu aku yang mengalah??

I had a picture of you in my mind
Never knew it could be so wrong
Why'd it take me so long just to find
The friend that was there all along



::Dalam hutan ada taman, dan dalam taman ada puterinya... ::


::Model mesin getah::


::Kami sayang Bear Tree ini::


::Beauty And The Beast.. hik hik..::


::Video klip 'Di Pintu Syurga'::


::Kellie's Band::


::Jika kau mahu terjun, terjunlah kau sendiri::


::You jump, I jump.. remember::


::Stairways To Heaven::


::Model bumbung dan model 'Jaket Jeans'::


::Video Klip 'Terukir di Bintang'::


::A Walk To Remember::


::My Bestfriend's Wedding - 23 Januari 2012::


::My Bestmate and I::


::My Roommate and I::


::4 Leaf Clovers::